PENGENALAN
SYARIKAT SILANG NIAGA (R2562/2004), (yang selepas ini dipanggil SSN adalah sebuah syarikat yang didaftarkan di Majlis Perbandaran Sandakan, Sabah, Malaysia dibawah Ordinan Perlesenan Perdagangan 1948 (Ordinan No. 16, Tahun 1948) dan berpejabat di Lot 9, Blok A4, Tingkat 1, Bandar Labuk Jaya, Batu 7, 90000, Sandakan, Sabah, Malaysia.
SSN merupakan sebuah syarikat yang menawarkan perkhidmatan Am kepada para pelanggannya. Perkhidmatan berteraskan ejen komisen telah diceburi sejak tahun 2004 dan telah dilantik sebagai Agen Takaful Nasional Sdn Bhd (General) dan Jerneh Insuran Berhad (General). Syarikat telah membina rangkaian pelanggan dan turut menawarkan pelbagai perkhidmatan yang diperlukan oleh para pelanggan terutamanya perkhidmatan yang berkaitan dengan JPJ dan PUSPAKOM.

Objektif utama syarikat ialah untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan menyiapkan kerja-kerja yang diamanahkan dengan sempurna, berkualiti dalam masa yang telah ditetapkan dan sentiasa memastikan pelangan sentiasa berpuashati dengan mutu perkhidmatan yang diberikan.
SSN maju selangkah ke hadapan apabila berjaya mendapatkan kontrak daripada sebuah syarikat korporat iaitu Seguntor Bioenergy Sdn Bhd (SBSB) dengan no. rujukan SBSB/SSN/EFB/01/08/2008. Pihak SBSB yang telah membangunkan sebuah loji janakuasa biomass di Seguntor, Batu 10, Sandakan.

Kontrak yang ditawarkan kepada SSN ialah membekalkan tandan kelapa sawit kosong @ Emptu Fruit Bunch (EFB), sebanyak 600 metrik tan sehari untuk digunakan sebagai bahan bakar di loji janakuasa biomass untuk menghasilkan tenaga elektrik tanpa menggunakan minyak diesel.
SSN yang telah menandatangani kontrak mengangkut dan membekalkan EFB kepada Loji Janakuasa Biomass SBSB telah mula membekalkan EFB pada November 2008. Untuk memenuhi tuntutan kontrak dan perjanjian yang telah ditandatangani dengan Seguntor Bioenergy Sdn Bhd, maka SSN perlu memastikan mempunyai bekalan bahan mentah yang mencukupi sepanjang masa.